Insan2 Yg Terpilih :-

Saturday, February 19, 2011

Jom RILEKS!!!

Salam....sajek curik mase yg ade ni update entri...dah bersawang dah blog aku ni...huhu
yela...owang bz la katekan...lg2 nk hbiskan pgajian ag 2 3 bulan ni....
so de mase dlm 15 minit sblum aku brsiap2 utk aktiviti malam aku, aku nk kongsi sikit input kat kowg...:p

Mukadimah :-
Selalunye kite selalu ditimpe tekanan ataupun kebosanan dlm study atau kerja...mase ni la kemalasan akn dtg menghantui fikiran...

hari ni aku nk kongsikn tips2 trbaik utk hilangkn tension sambil menyihatkn tubuh badan dismping mengurangkan berat badan...
ni le yg aku slalu buat mase tgh tnsion atau mengantuk gile babeng...:p
nk tau carenye, ikuti langkah2 dibwah...hehe

Cara yg trbaik ialah kite bersenam...amik mase dalam 5 hingge 10 minit wat bende ni...insyaAllah berkesan...:p
start dari kepala...gelengkan kepala (seperti di atas) sebnyk 8 kali...nk lebih pun xpe...sebab kepala kowg....ikut suke kowg la...:p
lepas bahagian kepala, bahagian tangan pulak....wat gaye cam ni...rase seakan-akan COOL...:p
lepas tu wat pergerakan ni...pusingkn kepala 360 drjah...haha...kalu kowg leh buat la...sambil membongkok...utk merenggangkn bahagian pinggang...





ok...3 step ni utk panaskan badan....bnyk ag carenye kowg leh buat....tp aku nasihatkn jgn wat mcm ni...
 ni smua gaye2 owang yang putus ase...x baik ye adik2...Tuhan x suke owg yg brputus ase...(ceh...mcm ustaz la pulak :p)...so kowg leh la amik tips2 yg dicadangkn oleh sifu Dr Fadzilah Kamsah...
  1. Solat 5 waktu jangan tinggal. Sebaik-baiknya berjemaah.
  2. Ambil Wudhu’. Sbab dgn brwudhu' insyaAllah setan susah nk ganggu kite.
  3. Banyakkan membaca Al-Quran. Hayati maknanya.
  4. Banyakkan makan buah-buahan. (klu aku, aku suke epal hijau...memang feberet!hehe).
  5. Kurangkan makan daging merah. 
  6. Amalkan makan daging putih. Macam daging ikan.
  7. Amalkan teknik urutan. (Bukan urutan mksd lain ye...ni urutan kat urat2 kepala & belakang telinga)
  8. Mandi (sebaik-baiknya air suam, bukan air panas.nanti kowang melecur lak kan klu gune air panas..:p). Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan yang wangi sewaktu mandi.
  9. Berbincang, ceritakan masalah anda kepada orang yang boleh anda percayai. Jangan ceritakan kepada orang yang tak pandai simpan rahsia. Nanti anda makin stress..plg bgus ialah mak anda...sbb ibu anda yg paling memahami...kan?
  10. Tengok binatang-binatang peliharaan. Contohnya tengok ikan di dalam akuarium.Klu xde sgt pun, tgk la rakan2 anda yg suke melinjang2 tu..hehe
  11. Menangis. Ambil waktu yang sesuai, menangis. Sebaik-baiknya apabila bersolat malam (bertahajjud).
  12. Kurangkan makanan yang banyak perasa tiruan. ni mcm jajan la...x elok...
  13. Amalkan teknik ‘physical relaxation’.
  14. Tengok pemandangan sekeliling. Lihat tumbuhan hijau.
  15. Menyanyi. Tetapi awas, jangan menyanyi sampai mengganggu orang lain.
  16. Dengar ceramah-ceramah agama.
  17. Buka tingkap bilik, benarkan cahaya matahari masuk dan udara bersih masuk ke dalam bilik.
  18. Minum air kosong dengan banyak. Sebaik-baiknya 1-2 L @ 3-4 L sehari.
  19. Hubungi @ telefon ibu dan ayah. Bercakap dengan mereka.
  20. Letak gambar ibu dan ayah di atas meja. Simpan gambar mereka di dalam dompet. Tengok gambar mereka bila stress.Kenang balik nasihat diowang...
  21. Dengar muzik yang merdu, contohnya nasyid dan lain-lain.
  22. Bila tension, senyum. Jangan pilih untuk marah.
  23. Uzlah. Ambil masa untuk bersendirian.
  24. Imbas kembali kenangan-kenangan manis sewaktu kecil-kecil dulu. Kalau ada barang-barang kenangan yang begitu berharga dan mempunyai sejarah tersendiri, sila tengok. Ambil masa seketika.
  25. Pakai pakaian yang sesuai warnanya, warna-warna yang ceria.
  26. Banyakkan doa kepada Allah supaya memberi ketenangan dan meredakan segala kemarahan. Maafkan semua orang.
so, insyaAllah kowang hilang tekanan2 kowang tu...pastu leh le awet mude...ini tak...muke brkedut je sebab stress memanjang...:p
utk halwa petang ni, kowang bace la lawak yg aku amik kat blog owang...nk buat sndiri x pndai...hehe
ceciter-ceciternye sperti berikut:-

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Citer 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Citer 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..
Citer 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Citer 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…



so jgn stress2 ag pasni ye...ni nasihat utk diri aku dan kowang smua yng aku anggap sahabat...smoga brjumpe lg dilain mase,,,,:)

Salam keriangan,


Baca sambungannya...

Friday, February 18, 2011

Salam kalian,....

sorry bnyk2....nnt de mase, aku hupdate blog ni bnyk2 smpai kowang tak larat nak bace...hehe
n doakn kjayaan aku...tq n salam...:)
Baca sambungannya...

Related Posts with Thumbnails