Insan2 Yg Terpilih :-

Wednesday, December 22, 2010

5 Jenis Cinta

Salam....
cam biase r...time free je, mule la dtg idea utk wat entri baru...hehe
kali ni tajuk die Jenis2 Cinta...merujuk kepada cinta sesama manusia...ni yg kebiasaan masyarakat kite ade...



1. Cinta Pertama
 Ok..cinta pertama ni semua owang akan rase...cume yg membezakannya, ialah masa ngan cara die jatuh cinta..ade orang yang betul2 setia dan menganggap cinta pertama ni jugak adalah cinta terakhir diorg...sekilas die jatuh hati kat seseorang, terus die akan berusaha mendapatkan dan menjaga cintanya... Tapi ade jugak yg drpd cinta pertama, leh pulak de cinta kedua...ketiga n seterusnya...

2. Cinta Monyet
Cinta ni majoriti orang ade...cinta ni jugak dinamekan cinta budak2...yela...cinta yang dapat mase tengah sekolah...Mase ni la remaja mula nak berjinak-jinak ngan cinta n mule jatuh hati kat seseorang...Peratusan cinta ni berjaya ke x sukar dipastikan...bergantung pada keikhlasan pasangan masing2...


3. Cinta Kerana Nafsu
Orang yg mempunyai cinta seperti ini adalah orang yang mencintai seseorang kerana susuk tubuh atau raut wajah..Ni biase la...setiap orang mempunyai nafsu...bile nampak pompuan cantik je or nmpak lelaki kacak je, terus jatuh cinta...tak salah sebenarnye kalau memiliki cinta ni tapi kene pandai kawal nafsu....dlm cinta ni, individu tu kene fikir sendiri ape sebenarnya yg dicari...n kekuatan iman amat penting utk make sure cinta ni berakhir dgn cara yg halal n berubah mnjadi cinta sejati...


4. Cinta Sejati
Untuk cinta sejati ni, masing2 ade definisi tersendiri...bg aku, mungkin cinta sejati ni adalah mencintai seseorang kerana Dia...dia mencintai si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati tetapi cintanya itu hanyalah sekadar batasan cinta sesama manusia dan seperti dianjurkan Islam...dia akan setia mencintai pasangan & sanggup lakukan ape sahaja demi menjaga cintanya sampai keakhir hayatnya...Memang bertuah bg sesiapa yg mempunyai cinta sejati ni...
 

5. Cinta Tiga Segi
Ni tergolong dalam kategori bahaya...mencintai seseorang tapi dalam mase yg same mncintai orang lain gak atau pun orang yg dicintai tu mencintai orang lain...



cukupla setakat ini dulu yek...nant ade idea, aku sambung lagi...:)






nukilan,


Baca sambungannya...

Wednesday, December 15, 2010

Kenali Baginda S.A.W

Salam...tgh2 duk membelek blog owg, trtarik lak ngan entri pasal biodata Rasulullah S.A.W...ni disalin dari blog saudara Hafiz Shams...




SEJARAH RINGKAS RASULULLAH
 
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi prtolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8.. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) *** *** Sempat masuk Islam. ## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)






Baca sambungannya...

Sunday, December 12, 2010

Fasa Cinta

Salam 1 Fulan 1 Malaysia kat kowang...
sowy le lame giler x hupdate blog ni...dah mcm umah kene tinggal lak...nk wat camne...bz la katekn...(pdhal mls)..hehe
kebetulan pulak hari ni trlalu free, so trfikir nk wat satu entri...dah lame x mngarut...:p
ok...kali ni nk citer pasal FASA CINTA...



mungkinkah anda tergolong dlm golongan yang mengalami fasa seperti ini atau bakal alaminya???jeng3...

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-indah ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN?.. DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus lah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR CHANNEL BOLE TAK..?

Jalan Bersama :
6 minggu: Yang, meh I pegang tangan you, bahaya jalan kat sini ni..
6 bulan : Kita jalan biar ada space sket, rimas rasa kat sini.
6 tahun: YOU PAKAI PERFUME TAK HARI…APASAL BAU BAWANG JE NI..?

Pakaian:
6 minggu: Yang, kita pakai warna sama sedondong ya..
6 bulan: Alamak baju tu I tak jumpa lah..
6 tahun: EH KUMPULAN BORIA KE PULAK NI..

Kemas Rumah:
6 minggu: baby, jom I tolong u kemas rumah sama-sama ya.
6 bulan: kemas dulu, nanti I tolong.
6 tahun: Tak berapa pandai lah kemas rumah ni..buat sendiri je lah

Beli Kereta :
6 minggu: Yang suka keta apa? kita beli yang paling best untuk kita ya
6 bulan: Keta ni banyak kelebihan banding keta tu
6 tahun: KALAU TAK BERKENAN NAIK TEKSI JE LAH

Duit :
6 minggu: eh yang nah guna duit I dulu lah, tak kisah.
6 bulan: pakai duit awak dulu, nanti saya ganti
6 tahun: AIIIK DAH HABIS DAH DUIT TU…BIAR BETOL

haa...ni yg slalunye brlaku...tp kan mesti best klu camni :

6 minggu : akhirnya tercapai jugak impian sy untuk memiliki awak...
6 bulan : bahagia sy rasa...rasa cinta dihati ni makin berputik..terima kasih awak krn sudi berkongsi hidup ngan sy...
6 tahun : sayang...trima kasih sebab bagi sy ank2 yang comel...jgn rsau, sy janji, sy akan bg yg trbaik untuk keluarga dan saya tetap cintakan awak sampai bila2...

sbnrnye, kite yg boleh mencorak cinta kita sndiri...mse skrg ni ramai yg bercinta bagai nak rak sebelum kawin, tp bile dah kawin, rase boring ngan psgn masing2...de yg lagi teruk, x jd kawin pun bile sakan bercinta...
papepun, tu norma manusia...klu xde pgalamn, masakan cinta tu boleh sempurna...tul x?so fikir2knla fasa cinta ape yg akan dicorakkan...



semanis snyuman, sesedap nukilan

Baca sambungannya...

Related Posts with Thumbnails