Insan2 Yg Terpilih :-

Tuesday, September 28, 2010

Cara Bacaan Sujud Sajadah

Mood : Agama

Kat sini aku nk kongsikan cara dan bacaan sujud sajadah. Klu sblum ni, aku main sujud je sebab ikut owg sujud. Tapi aku x bace papepun sbb x tau bacaan sujud sajadah ni. So, kpd ssiapa yg x tau dan x hafal lg cara dan bacaan sujud sjadah, hope info ni dpt bantu.

Disalin dari : masalahkini.blogspot.com
  1. Sujud sejadah dilakukan selepas korang membaca ayat sejadah.(ayat yang ada tanda kubah dlm al-quran).
  2. Sujud sekali je.
  3. Kalau korang tengah membaca Al-Quran semasa duduk, letak Al-Quran kat tepi korang dan terus sujud. Seelok-eloknye menghadap kiblat. Tak perlu angkat tangan macam takbiratul ihram.
  4. Kalu bace ayat sajadah ni mase tengah sembahyang, selepas baca, korang terus sujud tanpa perlu rukuq terlebih dahulu. Selepas sujud, terus berdiri semula dan teruskan bacaan korang. Sebelom sujud, tidak perlu angkat tangan macam takbiratul ihram.
  5. Bacaan semasa sujud seperti di bawah.

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."


Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur . Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Wallahu'alam.Same2 la kita mmperbanyakkan amal...=)

1 comment:

  1. rugi la xbg kopi. sy nk amek doa tu... rugi xdpt share pahala... tp terime kasih tok informasi.. hehe.. peace...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails