Insan2 Yg Terpilih :-

Thursday, September 30, 2010

Nak Tau Kenapa Si Tampan Masih Single?

Mood : Merepek2 je

 (gambar ini  hiasan semata2...hehe)

Tak smua laki tu kacak dan tak smua yg kacak tu laki.Tul x?eh2....silap2...smua yg kacak tu kompem la laki...hehe...
N tak semua laki tampan tu dah berpunya dan tak smua laki yg dah berpunya tu kacak...haa..ini btul...:p
Kowg mesti tanye kan, kenapa ade sesetengah laki tu, die ade rupa, baik, n ramai pompuan minat kat die (mcm aku la...hehe) tapi die tetap single...
Maybe sebab ni kot...

1. Terlalu jual mahal
 kebiasaannya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Keegoaannya agak tinggi, Mungkin si tampan merasakan dirinya digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

2. Persepsi sukar di dekati
 
Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apbila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai ke tua lah si tampan membujang.

3. Maintenance tinggi
 Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi. pakaian, minyak wangi, jam tangan, semunya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ratusan tinggi, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang kpak duit nak beli hadiah hari jadi

4. pernah dikecewakan
 Oleh kerana sudah serik bercinta si jeaka tampan lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik dendiri daripada menderita kerana cinta.

5. Mencari pasangan ideal
 
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. orang tampah pastinya mencari irang yang cantik juga. Namun harus di ingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, Akurlah pada jodoh yang datang.

6. Terlalu banyak Pilihan
 Aduh.. pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang tampanlah dikatakan sering dikerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan. kalau pilih yang sana, disini akan terluka. kalau pilih disini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadilah single sehingga ke hari ini.

7. Terlalu komited dengan kerjaya
 
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. orang tampan biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerja menjadi nombor satu. namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi sendiri,

8. Gosip terlalu banyak
 
Orang yang tampan selalu menjadi buah mulut pemerhati, walaupun si tampan keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan seterusnya menjatuhkan saham lelaki tampan. Pelbagai gosip dan persepsi pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si tampan sudah berpunya, mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan saham si tampan jatuh dan si tampan hidup keseorangan. 

9.  Mengharap pada seseorang
 
Sesetengah lelaki ni jenis yang amat setia. Orang yang macam ni, bile dia dah jumpa seseorang yang dia suka, dia tetap setia. Tak nak dah pada orang lain. Itulah cinta pandang pertama dan terakhir baginya. Kalau perempuan dapat lelaki macam ni, anada sememangnya bertuah kerana memiliki pakej yang lengkap. Dah la kacak, setia pulak tu. Jadi, anda tak perlu risau si jejaka mencari yang lain.

haish....susah gak jadi kacak ni ek..hehe...mgkn sebab ni la kenapa ramai lagi si kacak yang mmbujang sampai ke tua...kacak manepun, kalau memilih je, alamatnye memang jadi bujang lapuk la...haha...lain le aku ni, memang xde orang nak....huhu
 tapi untuk aku, buat mase ni, aku no. 9...so sape2 yg dapat aku tu memang untung.....hahahaha (perasan gile aku) :p

Baca sambungannya...

saya tetap sayang awak!! part 1

Mood : Cintan Cintun x habis2...hhehe

Kasih sayang adalah suatu anugerah,
kadang-kadang ianya suatu penantian,
kadang-kadang ianya satu penerimaan,
mungkin juga suatu ketetapan....

Namun, walau apapun,
apabila kamu menyayangi seseorang,
sayangilah dengan keikhlasan,
luhurkanlah dengan kesetiaan,
bukan dengan hawa nafsu yang penuh bayangan,
tetapi dengan impian bersandarkan amanat Tuhan...

Sesungguhnya,
Allah suka dengan kasih sayang,
Dan setiap sesuatu yang dijadikannya,
Pasti ada nikmat yang dijanjikan...

Bersabarlah,
Seandainya dikau sudah memiliki kasih sayang itu,
tetapi belum ketemu perkongsiannya,
dan berdoalah kepada Tuhan,
kerna mungkin Dia menjanjikan yang lebih baik untukmu...
Sesungguhnya setiap ssuatu itu ada hikmah disebaliknya...
InsyaAllah...


Baca sambungannya...

Pantun Orang Merindu

Mood : Cintan Cintun lagi...hehe

(gambar ini hiasan semata-mata...tidak ade kene mengena dgn yg view atau x view blog aku ni....hehe)

Langit cinta mula menjingga,
Tatkala sinar melabuh tirai,
Rasa derita pabila kau tiada,
Air mata mula berderai.


Bangau, pipit dan juga merbah,
Terbang sekawan pulang ke sarang,
Pilu menghimpit hati yang gundah,
Pabila berjauhan orang tersayang.


Kapal bersauh di Tasik Gerudu,
Penyu senyawa dilaut bersih,
Makin kujauh makin kurindu,
Bilalah kiranya kutemumu kasih.


Langau bersarang di pohon duku,
Terkukur bermain di pohon durian,
Dikau seorang dalam hatiku,
Tiada yang lain janjiku ikrarkan.


Anak tupai dipatuk sawa,
si ibu setia diri ditaruhkan,
Biar tergadai harta dan nyawa,
Demimu sedia aku korbankan.
--> sempat pulak aku berpantun...dah dekat kul 2 setengah pagi ni...pe nak buat...td dah trlebih tdo kat office...hehe

Baca sambungannya...

Saya Tetap Sayang Awak!! part2.avi

Mood : Cintan Cintun

Alhamdulillah....Saya Tetap Sayang Awak part 2...hope like it...sory klu ade kurang ape2...



Alhamdulillah....setelah aku brjaga smpai ke pukul 2 pg ni, akhirnye sempat aku siapkn video ni....ni pun atas prmintaan member2 aku...aku ni bukan la layan jiwang sgt, tp kekedang tu melayan prasaan jugak la...hehe

terus terang aku katekan, aku x prnah brcinta sblum ni....so aku x prnah tahu cam ne nk jage or nk pikat hati seseorang....cume pernah la skali, aku mula jatuh hati kat seseorang wat pertama kalinye...hehe...tp aku x pasti die ade prasaan yg same ke tak...aku pikir, kalau ade jodoh, insyaAllah...klu xde, aku redha....n klu trjadi yg mcm video ni, aku anggap Allah nk bg seseorang yg lbih baik....mgkin jugak aku bukan yg terbaik untuknye....Smoga Allah kurniakn yg terbaik untuk aku...amin....:)
Baca sambungannya...

Tuesday, September 28, 2010

Cara Bacaan Sujud Sajadah

Mood : Agama

Kat sini aku nk kongsikan cara dan bacaan sujud sajadah. Klu sblum ni, aku main sujud je sebab ikut owg sujud. Tapi aku x bace papepun sbb x tau bacaan sujud sajadah ni. So, kpd ssiapa yg x tau dan x hafal lg cara dan bacaan sujud sjadah, hope info ni dpt bantu.

Disalin dari : masalahkini.blogspot.com
  1. Sujud sejadah dilakukan selepas korang membaca ayat sejadah.(ayat yang ada tanda kubah dlm al-quran).
  2. Sujud sekali je.
  3. Kalau korang tengah membaca Al-Quran semasa duduk, letak Al-Quran kat tepi korang dan terus sujud. Seelok-eloknye menghadap kiblat. Tak perlu angkat tangan macam takbiratul ihram.
  4. Kalu bace ayat sajadah ni mase tengah sembahyang, selepas baca, korang terus sujud tanpa perlu rukuq terlebih dahulu. Selepas sujud, terus berdiri semula dan teruskan bacaan korang. Sebelom sujud, tidak perlu angkat tangan macam takbiratul ihram.
  5. Bacaan semasa sujud seperti di bawah.

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."


Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur . Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Wallahu'alam.Same2 la kita mmperbanyakkan amal...=)


Baca sambungannya...

Sayang Awak!! ~ Warna Cintaku

Mood : Cinta

Cinta...
Ibarat satu warna,
yang apabila tercoraknya sayang,
terlukis warna 1001 makna...

walaupun buta dimata,
namun hati masih celik melihat cita,
dari mata hati seorang hamba,
selagi ada kesetiaan dan keikhlasan,
pencorak warna kehidupan yang lebih bermakna...

enjoy the video : Warna Cintaku


Baca sambungannya...

Saturday, September 25, 2010

Aku hanya ingin kau tahu.avi

Buat insan itu...aku hanya ingin kau tahu....
hayatilah....


Baca sambungannya...

Taubat Sang Pembunuh.avi

Pintu taubat sntiasa trbuka.....mcm dlm kisah ni...


Baca sambungannya...

Tuesday, September 21, 2010

salam...=)


Salam ukhwah untuk smua yg sudi brkunjung ke blog aku...aku baru aje buat blog ni n x xde followers lg....so hope klu sudi, korang follow la blog aku yg x seberapa ni ye....n aku mintak maaf sangat klu blog ni x best...aku harap korg leh bg tunjuk ajar kat aku utk buat blog ni lebih menarik sebab aku baru mula nk berjinak dlm dunia blogger ni,,,hehe...saje nk luangkan mase yg bnyk aku buang n nk cari sahabat2 untuk mengeratkn silaturrahim....=))
Sebelum tu biarlah aku prkenalkn sikit sebanyak pasal aku...name sebenar aku Sabri...pndidikan dmulai dengan Tabika KEMAS Batu Gajah, lepas tu melanjutkan pelajaran di alam persekolahan kat SK Batu Gajah, n next SMK Dang Anum...pas dah besar sikit, aku msuk ILP Selandar amik SKM n pastu skang aku jd final year student kat UPNM...aku lahir pd 10 Mac 1989 n still single n available ag...so kpd sape2 yg msih single tu leh la jd calon bini aku.,...hehe (gurau jek)...itu jela sikit sebnyk pasal aku...=)
Baca sambungannya...

Related Posts with Thumbnails