Insan2 Yg Terpilih :-

Thursday, November 25, 2010

Karya Baru :)

Tajuk : Kenangan Cinta Kita ( asal Destinasiku by Mello)
Video : Fulan
Jalan Cerita dan Ilustrasi : Mello
 




Ikhlaslah dalam perhubungan,
Kerna keikhlasan itu formula kasih berpanjangan.

Terimalah dia seadanya,
Sepertimana dia menerima kita,
Kerna kita juga bukannya sempurna,
Kasih berdua itulah formula kesempurnaan.

Dan janganlah mencintai sesuatu lebih dari mencintaiNya,
Cintalah seseorang yang mencintaiNya lebih dari apapun,
Kerna itulah formula cinta diredhaiNya.


Yg suke senyum,

Baca sambungannya...

Monday, November 15, 2010

Seyum jek slalu yek...

Salam...
untuk pelawat2 blog aku, sowy x dpt update blog utk seketika...krana mnjaga ank2 buah aku yg comel2....Haris n Husna...So smbil kowg melawat ni, senyum2 la slalu yek...even wlu senyum kambing....tgk kambing ni...nk kene sembelih pun senyum jek....hensem jek die senyum....hehe


Baca sambungannya...

Monday, November 08, 2010

Anda sedang dilanda ANGAU???

Mood : Angau sambil melingkau atas tikau..hahaha

Salam....
Ha...setelah hampir seminggu aku x update, hari ini di medan blog ini aku kembali dengan satu isu hangat...iaitu A.N.G.A.U..aku rase korang smua mesti pernah alami gejala2 yang akan aku sebutkan nanti...Dan sekiranya kowg mengalami salah satu tandenye, cepat2le g jumpe Doktor Cinta ye...(adeke?) Mengikut kajian dan falsafah aku, antara tande2 orang itu sedang dilamun angau ialah :-

1. Orang itu asik teringat aje akan si dia. Bak kate owg tua2, owg yg tengah angau ni makan pun tak lalu.Ke makan tak kenyang?aku pun kompius...Tapi dua2 sama la kan...haha

2. Tidur tak lena. Malam-malam pun asik mimpi si dia je. Ni angau tahap normal n selalu terjadi kat orang-orang yang baru terjumpe cinta pertama die.
 
3. Mandi tak basah. Selalu dengar kan owang tua2 kate.
tapi bagi aku kalau ikut logiknye, kalau dah kene air tu mesti la basah kan?haha

4. Owang tengah angau ni suke senyum sorang-sorang.Ni kes yang paling pelik n owang tu pun sendiri kadang2 tak tau kenape die senyum.

5. Selalu puji awek/kekasih die tu cantik. Bagi die, awek.kekasih die la yang paling cantik di matanya. Tapi ni angau yang paling baik. Nak tau kenapa?lu fikirlah sendiri...hehe

6. Owang angau zaman moden ni lain pulak..Keje die setiap mase mengadap facebook ke, ym ke, chat ke, blog ke.. Ni angau tahap ape pun aku tak tau. Ade je bende nak dibualkan. Kadang2 tanye bende yg same gak.."Dah makan lum?" ..."Dah mandi lum?"

Cukupla sekadar itu. Kalau nak cakap pasal angau ni sampai esok pun tak abis. Kowg pandai2 la fikir tande2 yang lain ye..Kowg lagi expert kan?hehe
Aku pun dah ngantuk dah ni. Angau angauu jugak,Tapi study/ keje jangan lupe k. Akhir kate kurangkan ANGAU tingkatkan BELAJAU...:)




Angau tahap 0.1,

Baca sambungannya...

Thursday, November 04, 2010

InsyaAllah, Kau Akan Temui Jalanmu,,,,



Dalam perjalanan ini,
Aku terhenti disuatu persimpangan,
Hanya dua pilihan,
Kiri ataupun kanan,
Dan aku pasti salah satunya kebenaran,
dan yang lainnya kesesatan.

Akal menafsirkan kebuntuan,
Hati mengolah kemahuan,
Yang mana harus dipilih,
Iman menyapa memberi pengajaran,
Nafsu menepis menawarkan kepuasan.

Jiwa muda yang mengimpikan keinginan,
Mensasar aku ke jalan amarah,
Aku tahu yang aku salah,
Tapi suara keimanan kian luntur,
Syaitan membelenggu hinggaku tersungkur...

Saat nurani kian hitam,
Suatu cahaya menyuluh dalam gelap,
Ku bangun semula dengan keazaman,
Menuju ke arah cahaya itu,
Bersendikan keimanan yang kian gagah,
Menentang nafsu yang dahulunya amarah.

Sujudku bertaubat salahku disesali,
Rahmat dan hidayahnya menguntum berseri,
Ku pasti janji Ilahi,
Selagi Dia di dalam hati,
Jalan yang lurus kutemui kembali...


Baca sambungannya...

Tuesday, November 02, 2010

Demi Cinta

Salam....
Best gak layan lagu ni...tp aku msukkn movie korea....kowg kan suke cite2 korea...hehehe
Layan jela..khas utk kowg yg tgh brjiwang...
 
 

Amacam? tangkap leleh x?hehe

Yg suke mngarut tapi x suke mencarut,

Baca sambungannya...

Monday, November 01, 2010

Doa Sebelum & Semasa Exam

Salam...
Sempena ngan musim exam ni, aku doakan agar kalian dipermudahkan menjawab semua soalan peperiksaan dan mendapat keputusan yg cemerlang, gemilang dan terbilang...ni doa2 yg boleh kite amalkn...pastu jgn lupe buat D.U.I.T!

D - Doa
U - Usaha
I  - Ikhtiar
T - Tawakal



Sebelum Exam

Doa mase nak memulakan ulangkaji :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ


Allahumma innii asaluka fahman nabiyin wahifzal mursaliina walmalaaikatul muqarrabin. Allahummaj'al lisaanii 'aamiram bizikrika waqalbii maliiam bikhashyatik, innaka 'ala maa tashaaun qadiir.


Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Doa selepas mengulangkaji :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ


Allahumma innii astaudi'uka maa qara'tu wamaa fahimtu wamaa hafiztu faruddahu ilayya 'inda haajatii ilaih, innaka 'ala kulli shaiin qadiir


Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Exam


Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


1. Ketika memasuki dewan peperiksaan :

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا


Wakurrabbi adkhilnii mudkhala sidqiwwaakhrijnii mukhraja sidqiwwaj'allii milladunka sultaanannasiiraa


Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan :

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي


Robbishrahlii sodrii. Wayassirlii amrii. Wahlul 'uqdatammillisaanii. Yafqahuu qaulii


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab :


ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ


Yaa hayyu yaa qaiyum, birahmatika astaghiith


Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

atau

 

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً


Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlaw waanta taj'alul hazanasso'ba inshi'ta sahlaa


Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


4. Jika terlupa jawapan :


اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ


Allahumma yaa jami'annaasi liyaumillaa raiba fiihijma' 'ala dhallatii ma'lumaatii


Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.


(ni pun penting!!!)


p/s : Good luck utk semua n aku mintak maaf banyak2 kat korang kalau ade salah silap...0-0 ye..Yang untuk budak2 LI, jgn lupe buat report! hehe

Baca sambungannya...

Related Posts with Thumbnails