Insan2 Yg Terpilih :-

Thursday, August 19, 2010

Angkara FITNAH

Assalamualaikum....

 Agkara UMPAT dan FITNAH,
Ramai yg mula berubah,
Mnyebar aib mncemar maruah,
Mghukum manusia yg x brsalah...
Kerana iman yang goyah & lemah,
Slalu trgoda iblis yg amarah,
Crita diprcaya trlalu mudah,
Tnpa selidik sahihkah fitnah...

Smoga mereka kian tabah,
Meharungi ujian dari Allah,
Krana Dia lah pemberi hidayah,
Juga tempat hambaNya brserah....
Ramai antara kita yang mudah mempercaya sesuatu cerita tanpa kita tahu sahih atau benarkah  apa yang disampaikan. Manusia yang empunya angkara ini akan mereka-reka cerita seolah-olah cerita yang disampaikannya itu seakan benar-benar terjadi malah ibarat drama yang meletup dipasaran. Rasa ingin tahu pula timbul oleh pendengarnya dan kali ini dia pula yang akan menjadi pencerita dan pemberita. Pencerita kedua ini pula kadang-kadang menambah beberapa episod bayangan untuk memperkuat dan menyedapkan lagi cerita yang akan disampaikan kepada orang lain. Masa inilah UMPATAN dan FITNAH berlaku. Antara sedar atau tidak saban hari malahan setiap detik perbuatan ini berlaku. Inilah sebenarnya masalah masyarakat kita pada hari ini. Inilah punca sebahagian masyarakat kita tidak pernah maju kerana minda mereka tercorot pada pemikiran omongan sia-sia ini.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails