Insan2 Yg Terpilih :-

Thursday, September 30, 2010

Nak Tau Kenapa Si Tampan Masih Single?

Mood : Merepek2 je

 (gambar ini  hiasan semata2...hehe)

Tak smua laki tu kacak dan tak smua yg kacak tu laki.Tul x?eh2....silap2...smua yg kacak tu kompem la laki...hehe...
N tak semua laki tampan tu dah berpunya dan tak smua laki yg dah berpunya tu kacak...haa..ini btul...:p
Kowg mesti tanye kan, kenapa ade sesetengah laki tu, die ade rupa, baik, n ramai pompuan minat kat die (mcm aku la...hehe) tapi die tetap single...
Maybe sebab ni kot...

1. Terlalu jual mahal
 kebiasaannya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Keegoaannya agak tinggi, Mungkin si tampan merasakan dirinya digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

2. Persepsi sukar di dekati
 
Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apbila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai ke tua lah si tampan membujang.

3. Maintenance tinggi
 Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi. pakaian, minyak wangi, jam tangan, semunya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ratusan tinggi, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang kpak duit nak beli hadiah hari jadi

4. pernah dikecewakan
 Oleh kerana sudah serik bercinta si jeaka tampan lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik dendiri daripada menderita kerana cinta.

5. Mencari pasangan ideal
 
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. orang tampah pastinya mencari irang yang cantik juga. Namun harus di ingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, Akurlah pada jodoh yang datang.

6. Terlalu banyak Pilihan
 Aduh.. pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang tampanlah dikatakan sering dikerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan. kalau pilih yang sana, disini akan terluka. kalau pilih disini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadilah single sehingga ke hari ini.

7. Terlalu komited dengan kerjaya
 
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. orang tampan biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerja menjadi nombor satu. namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi sendiri,

8. Gosip terlalu banyak
 
Orang yang tampan selalu menjadi buah mulut pemerhati, walaupun si tampan keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan seterusnya menjatuhkan saham lelaki tampan. Pelbagai gosip dan persepsi pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si tampan sudah berpunya, mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan saham si tampan jatuh dan si tampan hidup keseorangan. 

9.  Mengharap pada seseorang
 
Sesetengah lelaki ni jenis yang amat setia. Orang yang macam ni, bile dia dah jumpa seseorang yang dia suka, dia tetap setia. Tak nak dah pada orang lain. Itulah cinta pandang pertama dan terakhir baginya. Kalau perempuan dapat lelaki macam ni, anada sememangnya bertuah kerana memiliki pakej yang lengkap. Dah la kacak, setia pulak tu. Jadi, anda tak perlu risau si jejaka mencari yang lain.

haish....susah gak jadi kacak ni ek..hehe...mgkn sebab ni la kenapa ramai lagi si kacak yang mmbujang sampai ke tua...kacak manepun, kalau memilih je, alamatnye memang jadi bujang lapuk la...haha...lain le aku ni, memang xde orang nak....huhu
 tapi untuk aku, buat mase ni, aku no. 9...so sape2 yg dapat aku tu memang untung.....hahahaha (perasan gile aku) :p

11 comments:

  1. ade ke laki2 yg ade 9 9 sebab ni???

    ReplyDelete
  2. lelaki yang kacak mcm tu kerh ??
    yg no 9 ..
    orang yg kite cintai dan sygi tidak kmbali pade kite .. aperh kite na buad sdangkan kite syg gle kat dierh ..

    ReplyDelete
  3. Eeeeee
    perasan terlebih
    (harap dimaaf jika tersilap bahasa)

    ReplyDelete
  4. jgn risau kalu nak gf
    sepupu saya ada die single lagi
    anddd dia cantik (sama padan la nnt)

    ReplyDelete
  5. hahaha..sambl gelak ku bce...mbtkan org skeli2ngku pdang plik..hehe..lawk2....llaki memlih....

    ReplyDelete
  6. terbaik la....(^__________________^)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails