Insan2 Yg Terpilih :-

Friday, October 01, 2010

Falsafah BUANG ANGIN ( or dlm bhase istimewa die "KENTUT")

Mood : LePasKan AnGin KeSuNyiAn...

Aku trfikir nk buat falsafah ni mase aku tgh jalan2 ngan member aku td...tibe2 je ade bunyi "proott..!!" mase lalu kat lorong td...tp masing2 cam wat tak tau je...mcm x bersalah pulak...haha...x tau sape sbnrnye yg melepaskn "angin keriangan" tu...aku target akak yg selisih ngan kitorg td...hehe..tp x baik sangka buruk kat org...so aku anggap aku je la yg buang (memang aku pun)..shhh



so kat sini aku nk kongsi la sikit sbnyk pasal kentut ni...ikuti prbualan mamat 2 owg ni...:-

S : Mane dtgnye gas kentut ni?
J : Gas nie datangnya dari bberapa punca iaitu udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.
S :  Ape yg mmbuatkan kentut busuk?
J : Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.
S :  Kenape bile owg kentut, kentut die brbunyi?ade bunyi "proott!!!"..ade bunyi "preett!!"?
J :  Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat!!!
S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
S: Betul ke ade sesetengah orang kate die tak pernah kentut??
J: Tak betul selagi diorang hidup

So pasni kite kene la pandai2 tune bunyik kentut kite....hahaha
aku nk tambah lg sikit fakta...org2 kite(orang2 timur ni la) anggap kalau kentut tu salah satu perbuatan tak senonoh....tapi org barat pulak anggap kentut ni baik...menandakan orang tu sihat...hehe
n fakta yg tak berapa aku suke, orang lelaki lebih kuat kentut berbanding owg pompuan...btul ke??oleh sebab ni blog aku n ini falsafah aku, aku nk tukar fakta ni...orang pompuan lebih kuat kentut dari lelaki...(jgn mare)..hehe

atau cara terbaik nak cover bunyi kentut, gunela "Toot Tone" cam dlm video ni...http://www.youtube.com/watch?v=4LvwYUnSoQo..hehe

2 comments:

  1. suka dengan post ni:: bermaklumat disebalik jenaka2 poyo~ tp ia sgt mbina~!! keep it move on ea awk~!!

    ReplyDelete
  2. hehehe...thanks....saje2 je...:p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails