Insan2 Yg Terpilih :-

Monday, October 25, 2010

Epilog Cinta Terhalang - Adam dan Hawa

Ceritanya bermula
Sepasang kekasih bercinta… Adam dan Hawa


Yang pasti sebelum pertemuan Hawa telah mengungkap satu perjanjian
Dengan insan  lain…bukan atas kesetiaan…mahu pun percintaan..talian pertunangan termeterai di antara dua keluarga…Hawa akur demi keluarga tercinta…
Mungkin sejak azali ditakdirkan… jodoh dengan sidia.. Allah sudah menentukan segalanya…jodoh, pertemuan , ajal , maut  … segalanya kehendak  yang Maha Esa.
Hawa redha pada ketentuan…pasrah dengan keadaan… antara suka dan duka  diterima seadanya…Dengan berbekal pujukan hati bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya…

Selesai majlis.. insan  lain berlalu pergi… berkhidmat pada negara.. berjanji  akan memakbulkan janji setia pada sebuah ikatan yang telah termeterai.. berbekalkan harapan.. sebuah perkahwinan gilang gemilang ,harapan sebuah  keluarga bahagia. Terlalu mengharap…setia…

**********

Hawa.. berlabuh seketika di penjuru daerah… berkhidmat mencari rezeki…meneruskan liku-liku hidup..yang pasti dalam kesepian dan kepayahan…
Merantau  tanpa ibu..ayah… keluarga… apatah insan lain yg jauh di nusantara..
Bertemu Adam… membibitkan rasa kemesraan. Wujudnya satu perasaan…Adakah ini salah Hawa… yg kesepian… tanpa teman berbicara.

Keriangan…. Keindahan..
Dunia.. menjadi saksi pada setiap pertemuan , kenangan yang dicipta bersama..bak kata pepatah teman-teman… “dimana ada Hawa di situ ada Adam”.

Pohon nyiur melambai ditiup sang bayu Selat Tebrau..pepasir  di hujung  pantai berbutir kilauan dipancar ultra.... bayu sejuk yang berlagu syahdu  menjadi saksi percintaan Adam dan Hawa..
 Kotaraya menjadi milik Adam dan Hawa  sepanjang petang berlabuh untuk melepaskan rasa bosan selepas bertugas seharian…
Stulang laut menjadi permaidani singahsana pada setiap genggaman  erat bila malam berlabuh pergi.
Setiap waktu ..   Adam .. Hawa mengait buih-buih indah  kenangan yg sukar di lenyapkan  walau dibadai ombak yang ganas.
Terlalu indah saat itu..sukar dimengertikan.  Menemani  Adam tidak kira dimana jua amat   mengembirakan.  Lumrah percintaan..

Masihkah kau  ingat Adam
 tatkala Hawa menangis.. ketika Adam lewat hadir semasa meraikan hari lahir Adam.. betapa sayang Hawa pada Adam.. setia menunggu…masih ingat tatkala kaki Adam  terseliuh dek sukan kegemaran … Hawa membonceng Adam  .. Hawa memandu motorsikal mu… masih ingat tatkala malam hari..bulan sudah berlabuh setia… kita masih di pinggiran Selat Tebrau… melihat insan lain berasmara.. yang pasti kita menjadi pemerhati setia dan pentafsir yang arif segalanya.. kerana bagi kita malam tidak akan lenyap dengan bait-bait kenangan kita yang tetap berbunga dari hari ke hari.

**********

Akhirnya …Adam mengetahui Hawa sudah berpunya… terpaksa akur pada suratan takdir.. berkata pada hati.. sekiranya ada jodoh adalah pertemuan kita.  Meneruskan kemesraan seperti tidak ada apa yang akan berlaku…


Insan lain.. kembali ,  menuntut  janji..sepurnama yang lalu. Ah.. bagaimana Hawa menghadapi semua ini. Deraian airmata tanpa segan silu.. mengalir di celah hirisan sembilu.. Terpaksa memilih yang mana satu.. kasihan atau cinta keagungan. Mana yg perlu diungkapkan. Tragis… sedih.. hati terguris dalam gelombang yang penuh belenggu…. Tak terungkap dek kata-kata.. tiada senyum simpul dalam ucapan.. hanya tangisan dalam kesedihan... Kasihan si Hawa.. mengikat pertalian dengan insan lain sedangkan setiap kenangan di bait, di sulam menjadi epilog cinta yang sukar dimengertikan keindahannya  dengan si  Adam .

Memutuskan terlalu kasihan… mungkin telah tersurat jodoh Hawa dengan insan  lain.. tidak boleh  di tukar ganti. Allah Maha mengetahui… tetapi  bertanya pada diri sendiri.. kenapa Hawa perlu melalui semua ini. “Ya Allah , Engkau berilah kekuatan untuk aku hadapi semua ini”.

Adam… masih kah kau ingat.. kau hadiahkan Hawa… anak patung putih. Tergantung dua hati di lehernya.. kata mu satu hati ku dan satu lagi hati mu.. Ketahuilah ..masih Hawa  simpan patung itu walau diri Hawa dimamah usia berbelas tahun lamanya.

Masihkah kau ingat Adam… hadiah kotak irama muzik mu.. sebelum Hawa berangkat menaiki bas pulang ke kampung halaman untuk melansungkan  perkahwinan . Masihkah kau ingat Adam… kita langsung  tidak mengendahkan  para penumpang  bas yang menyaksikan bagaimana terlalu sukar dan sedihnya untuk kita melepaskan gengaman   erat…sebuah perpisahan yang akan merealisasikan sebuah pertalian terlarang antara Adam dan Hawa… kerana  Hawa bakal menjadi milik orang lain.. bukan dengan Adam sepertimana yang diimpikan Hawa

Betul memilukan… bagaimana hendak diuraikan... tidak terucap dek kata-kata.  Sepanjang perjalanan pulang ke kampung Hawa mendengar alunan irama..pemberian Adam … tiada penghujungnya… menambah kerinduan,  kasih sayang berpanjangan. Berjuntaian airmata tidak kesudahan bagai gerimis yang tiada hentinya. Menatap ungkapan Adam terhadap Hawa  .. “pahatkan nisan serangkum syair, keluh pujangga kasih tak sampai”.. dalam keletihan dan kesedihan..terlelap Hawa dalam perjalanan sambil memeluk  erat hadiah pemberian Adam.

Sesampai di kampung… Hawa berkeras, memaklumkan perkahwinan ini harus dihentikan. Tidak tertahan sakit membara  dihati… lemah dan tidak bermaya.  Keluarga Hawa..demi kebahagian anak tercinta..berkata , terpulanglah pada keputusannya..namun insan lain berdegil meneruskan juga. Segala persiapan telah  dirancang.. apa perlu dibicara pada ahli keluarga. Hawa  tahu… semuanya salah Hawa… kenapa tidak berkeras dari awalnya… tanpa perlu ada perasaan kasihan. Itu yang semestinya… tapi semua sudah terlambat…Akad  dilaksanakan..akhirnya kerna kasihan menjadi pilihan… termeterai Hawa sah menjadi milik insan lain.

**********

Suami… betapa agung cinta mu… sehingga tatkala Adam berjumpa mu selepas perkahwinan berkata.. sekiranya suami melepaskan HawaAdam akan menyambutnya. Tetapi sahutmu… “mengalir airmata darah sekali pun tak kan ku lepaskan Hawa.. memang aku dapat memiliki  jasadnya tapi tak dapat ku takluki hati Hawa “. .. suami tetap tak akan melepaskan Hawa. Adakah itu ego atau kasih sayang seorang lelaki..tidak pasti.. mengelirukan. pergi..

Hawa dibawa suami pulang ke negeri di bawah bayu.. Hawa menuntut agar ditukar kerja ke sana jua.. Walau dalam kepedihan.. suami melayan baik.. terusik jiwa walau perasaan rindu membara…ku pujuk hati terima seadanya…

**********

Berbelas tahun… berlalu..tiba-tiba kenangan  silam menjelma kembali… setelah  pertemuan maya secara tidak sengaja. “Ya Allah… berikanlah kekuatan untuk Hawa hadapi semua ini…”.. melihat suami dan anak-anak yang tidak berdosa tidak mengerti apa yang terjadi.

Bertemu semula…kali ini atas dasar sebuah ikatan persahabatan… kata mu Adam.. “cinta kita adalah cinta sejati cuma tiada realiti….   , dalam hati  ..tersemat satu sudut kenangan istimewa yang tidak pernah padam …  tak pernah lupa sampai bila-bila .. kata Adam lagi …kita tidak boleh seperti dahulu.. ada tangungjawap yang perlu kita pikul.. kita telah berkeluarga.” Betul kata Adam…. Itu realitinya..



Adam… telah banyak airmata Hawa mengalir atas sebuah  pertemuan ini .. percintaan, kesetiaan, perkahwinan dan perpisahan… Allah Maha Mengetahui  di atas apa yang ditetapkan.. Ada hikmah di sebalik  kejadian… Mungkin Adam tidak akan bahagia seperti sekarang.. sekiranya percintaan diteruskan… Mungkin Hawa juga menempuhi  pelbagai   halangan sekiranya bersama…  pasrah pada Yang Maha Esa.

Walau hati… perasaan… bergolak atas satu pertemuan . .yang pasti, hidup perlu diteruskan. Betul kata Adam… tak kan kita persiakan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh pasangan kita… kerana hidup di dunia hanya sementara.. di akhirat kekal abadi selamanya.

Adam…ketahuilah .. cinta pertama sukar dilupakan… hati , perasaan ikhlas Hawa cuma satu… dan ianya telah diserahkan kepada Adam. Bagaimana mungkin hati… perasaan berbelah dua.. kerana kasih sayang itu lahir dari hati yang suci bukan atas nafsu semata…

Izin Hawa  bersahabat dengan Adam … tulus ikhlas.. sampai bila-bila…

Hasil nukilan : Fulan & Ayu Ani

p/s nantikan videonya sbntar lagi..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails