Insan2 Yg Terpilih :-

Sunday, October 31, 2010

Beri...Harap....Terima...

Salam...
Sekadar coretan untuk renungan....
Kata hikmah untuk dikongsikan...:

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


dari Dr Fadzilah Kamsah dan

Baca sambungannya...

Wednesday, October 27, 2010

Selamat Malam Awak!

Salam....
untuk smua yg sudi ke blog Fulan ni....
hadiah spesel utk kowang....
Slmt mlm...:)

....

Baca sambungannya...

Sesetengah owg rilek je, tp setan terkejut!!!

Salam sahabat...
Bace ni...

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!" Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam...... 
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". 
"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi...
 

Orang yang solat belum tentu die baik, tapi orang yang baik sudah tentu die solat...



Disalin dari saudara Anas Abdullah dan disusun oleh
Baca sambungannya...

Cintaku Pergi....


Tatkala dirinya wujud,
Kekadang seakan diri ini leka,
Tak pernah hargai kasih yang dicurahkan,
Hanya bebelan dan keluhan,
Tiada satu pun pujian...

  Namun hatinya sentiasa akur,
  Redha demi ikhlasnya hati,
  Tetap sayang walau rasa perit,
  Keluhan dianggap pelepas kerinduan,
  Marah tanda sayang...

Sampai bila
Hatinya akan tetap tabah
sampai bila
Kau akan berubah
Egoisnya kamu dalam kemegahan
Hipokritnya kemahuan dalam senyuman...

  Hingga nanti suatu masa,
  Kau akan rasa satu pemergian,
  pergi untuk selamanya,
  saat itu kau kan rasa,
  dunia kian pudar sinarnya...

Hargailah ia selagi ada,
Jujurlah nurani menghempas keegoan,
Genggamlah kesetiaan sahutlah pengharapan,
Sebelum keseorangan tidak berteman...
 

Baca sambungannya...

Tuesday, October 26, 2010

Cinta Terhalang~ Adam dan Hawa

Salam...
Ahlan wasahlan kat kowg semua ke blog Fulan ni...hehe

Seperti yg dijanjikan, ni la video yg paling lame aku nk siapkan n aku rase ni la yg paling best & paling sedih...ape yg menariknya, irama seruling yg best2 aku serapkn dlm video ni...hope kowg enjoy... n kisah die dlm cerpen yg aku tulis tu...kire ni edisi video la pulak...hehe

 
Jalan Cerita : Fulan & Ayu Ani
Ilustrasi : Fulan

Yang tak jiwang sangat,

Baca sambungannya...

Monday, October 25, 2010

Epilog Cinta Terhalang - Adam dan Hawa

Ceritanya bermula
Sepasang kekasih bercinta… Adam dan Hawa


Yang pasti sebelum pertemuan Hawa telah mengungkap satu perjanjian
Dengan insan  lain…bukan atas kesetiaan…mahu pun percintaan..talian pertunangan termeterai di antara dua keluarga…Hawa akur demi keluarga tercinta…
Mungkin sejak azali ditakdirkan… jodoh dengan sidia.. Allah sudah menentukan segalanya…jodoh, pertemuan , ajal , maut  … segalanya kehendak  yang Maha Esa.
Hawa redha pada ketentuan…pasrah dengan keadaan… antara suka dan duka  diterima seadanya…Dengan berbekal pujukan hati bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya…

Selesai majlis.. insan  lain berlalu pergi… berkhidmat pada negara.. berjanji  akan memakbulkan janji setia pada sebuah ikatan yang telah termeterai.. berbekalkan harapan.. sebuah perkahwinan gilang gemilang ,harapan sebuah  keluarga bahagia. Terlalu mengharap…setia…

**********

Hawa.. berlabuh seketika di penjuru daerah… berkhidmat mencari rezeki…meneruskan liku-liku hidup..yang pasti dalam kesepian dan kepayahan…
Merantau  tanpa ibu..ayah… keluarga… apatah insan lain yg jauh di nusantara..
Bertemu Adam… membibitkan rasa kemesraan. Wujudnya satu perasaan…Adakah ini salah Hawa… yg kesepian… tanpa teman berbicara.

Keriangan…. Keindahan..
Dunia.. menjadi saksi pada setiap pertemuan , kenangan yang dicipta bersama..bak kata pepatah teman-teman… “dimana ada Hawa di situ ada Adam”.

Pohon nyiur melambai ditiup sang bayu Selat Tebrau..pepasir  di hujung  pantai berbutir kilauan dipancar ultra.... bayu sejuk yang berlagu syahdu  menjadi saksi percintaan Adam dan Hawa..
 Kotaraya menjadi milik Adam dan Hawa  sepanjang petang berlabuh untuk melepaskan rasa bosan selepas bertugas seharian…
Stulang laut menjadi permaidani singahsana pada setiap genggaman  erat bila malam berlabuh pergi.
Setiap waktu ..   Adam .. Hawa mengait buih-buih indah  kenangan yg sukar di lenyapkan  walau dibadai ombak yang ganas.
Terlalu indah saat itu..sukar dimengertikan.  Menemani  Adam tidak kira dimana jua amat   mengembirakan.  Lumrah percintaan..

Masihkah kau  ingat Adam
 tatkala Hawa menangis.. ketika Adam lewat hadir semasa meraikan hari lahir Adam.. betapa sayang Hawa pada Adam.. setia menunggu…masih ingat tatkala kaki Adam  terseliuh dek sukan kegemaran … Hawa membonceng Adam  .. Hawa memandu motorsikal mu… masih ingat tatkala malam hari..bulan sudah berlabuh setia… kita masih di pinggiran Selat Tebrau… melihat insan lain berasmara.. yang pasti kita menjadi pemerhati setia dan pentafsir yang arif segalanya.. kerana bagi kita malam tidak akan lenyap dengan bait-bait kenangan kita yang tetap berbunga dari hari ke hari.

**********

Akhirnya …Adam mengetahui Hawa sudah berpunya… terpaksa akur pada suratan takdir.. berkata pada hati.. sekiranya ada jodoh adalah pertemuan kita.  Meneruskan kemesraan seperti tidak ada apa yang akan berlaku…


Insan lain.. kembali ,  menuntut  janji..sepurnama yang lalu. Ah.. bagaimana Hawa menghadapi semua ini. Deraian airmata tanpa segan silu.. mengalir di celah hirisan sembilu.. Terpaksa memilih yang mana satu.. kasihan atau cinta keagungan. Mana yg perlu diungkapkan. Tragis… sedih.. hati terguris dalam gelombang yang penuh belenggu…. Tak terungkap dek kata-kata.. tiada senyum simpul dalam ucapan.. hanya tangisan dalam kesedihan... Kasihan si Hawa.. mengikat pertalian dengan insan lain sedangkan setiap kenangan di bait, di sulam menjadi epilog cinta yang sukar dimengertikan keindahannya  dengan si  Adam .

Memutuskan terlalu kasihan… mungkin telah tersurat jodoh Hawa dengan insan  lain.. tidak boleh  di tukar ganti. Allah Maha mengetahui… tetapi  bertanya pada diri sendiri.. kenapa Hawa perlu melalui semua ini. “Ya Allah , Engkau berilah kekuatan untuk aku hadapi semua ini”.

Adam… masih kah kau ingat.. kau hadiahkan Hawa… anak patung putih. Tergantung dua hati di lehernya.. kata mu satu hati ku dan satu lagi hati mu.. Ketahuilah ..masih Hawa  simpan patung itu walau diri Hawa dimamah usia berbelas tahun lamanya.

Masihkah kau ingat Adam… hadiah kotak irama muzik mu.. sebelum Hawa berangkat menaiki bas pulang ke kampung halaman untuk melansungkan  perkahwinan . Masihkah kau ingat Adam… kita langsung  tidak mengendahkan  para penumpang  bas yang menyaksikan bagaimana terlalu sukar dan sedihnya untuk kita melepaskan gengaman   erat…sebuah perpisahan yang akan merealisasikan sebuah pertalian terlarang antara Adam dan Hawa… kerana  Hawa bakal menjadi milik orang lain.. bukan dengan Adam sepertimana yang diimpikan Hawa

Betul memilukan… bagaimana hendak diuraikan... tidak terucap dek kata-kata.  Sepanjang perjalanan pulang ke kampung Hawa mendengar alunan irama..pemberian Adam … tiada penghujungnya… menambah kerinduan,  kasih sayang berpanjangan. Berjuntaian airmata tidak kesudahan bagai gerimis yang tiada hentinya. Menatap ungkapan Adam terhadap Hawa  .. “pahatkan nisan serangkum syair, keluh pujangga kasih tak sampai”.. dalam keletihan dan kesedihan..terlelap Hawa dalam perjalanan sambil memeluk  erat hadiah pemberian Adam.

Sesampai di kampung… Hawa berkeras, memaklumkan perkahwinan ini harus dihentikan. Tidak tertahan sakit membara  dihati… lemah dan tidak bermaya.  Keluarga Hawa..demi kebahagian anak tercinta..berkata , terpulanglah pada keputusannya..namun insan lain berdegil meneruskan juga. Segala persiapan telah  dirancang.. apa perlu dibicara pada ahli keluarga. Hawa  tahu… semuanya salah Hawa… kenapa tidak berkeras dari awalnya… tanpa perlu ada perasaan kasihan. Itu yang semestinya… tapi semua sudah terlambat…Akad  dilaksanakan..akhirnya kerna kasihan menjadi pilihan… termeterai Hawa sah menjadi milik insan lain.

**********

Suami… betapa agung cinta mu… sehingga tatkala Adam berjumpa mu selepas perkahwinan berkata.. sekiranya suami melepaskan HawaAdam akan menyambutnya. Tetapi sahutmu… “mengalir airmata darah sekali pun tak kan ku lepaskan Hawa.. memang aku dapat memiliki  jasadnya tapi tak dapat ku takluki hati Hawa “. .. suami tetap tak akan melepaskan Hawa. Adakah itu ego atau kasih sayang seorang lelaki..tidak pasti.. mengelirukan. pergi..

Hawa dibawa suami pulang ke negeri di bawah bayu.. Hawa menuntut agar ditukar kerja ke sana jua.. Walau dalam kepedihan.. suami melayan baik.. terusik jiwa walau perasaan rindu membara…ku pujuk hati terima seadanya…

**********

Berbelas tahun… berlalu..tiba-tiba kenangan  silam menjelma kembali… setelah  pertemuan maya secara tidak sengaja. “Ya Allah… berikanlah kekuatan untuk Hawa hadapi semua ini…”.. melihat suami dan anak-anak yang tidak berdosa tidak mengerti apa yang terjadi.

Bertemu semula…kali ini atas dasar sebuah ikatan persahabatan… kata mu Adam.. “cinta kita adalah cinta sejati cuma tiada realiti….   , dalam hati  ..tersemat satu sudut kenangan istimewa yang tidak pernah padam …  tak pernah lupa sampai bila-bila .. kata Adam lagi …kita tidak boleh seperti dahulu.. ada tangungjawap yang perlu kita pikul.. kita telah berkeluarga.” Betul kata Adam…. Itu realitinya..



Adam… telah banyak airmata Hawa mengalir atas sebuah  pertemuan ini .. percintaan, kesetiaan, perkahwinan dan perpisahan… Allah Maha Mengetahui  di atas apa yang ditetapkan.. Ada hikmah di sebalik  kejadian… Mungkin Adam tidak akan bahagia seperti sekarang.. sekiranya percintaan diteruskan… Mungkin Hawa juga menempuhi  pelbagai   halangan sekiranya bersama…  pasrah pada Yang Maha Esa.

Walau hati… perasaan… bergolak atas satu pertemuan . .yang pasti, hidup perlu diteruskan. Betul kata Adam… tak kan kita persiakan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh pasangan kita… kerana hidup di dunia hanya sementara.. di akhirat kekal abadi selamanya.

Adam…ketahuilah .. cinta pertama sukar dilupakan… hati , perasaan ikhlas Hawa cuma satu… dan ianya telah diserahkan kepada Adam. Bagaimana mungkin hati… perasaan berbelah dua.. kerana kasih sayang itu lahir dari hati yang suci bukan atas nafsu semata…

Izin Hawa  bersahabat dengan Adam … tulus ikhlas.. sampai bila-bila…

Hasil nukilan : Fulan & Ayu Ani

p/s nantikan videonya sbntar lagi..:)

Baca sambungannya...

Friday, October 22, 2010

5 Senario bila mau ajak si dia keluar...hehe

Salam...
Fulan kembali mengarut tengah2 malam ni dengan 1 tajuk baru...hehe

haa....tengok tajuk pun dah best kan?haha...pernah tak kowg alami senario di bawah :-

Senario 1
ni selalu berlaku kat laki2 yg x suke mandi (macam aku)...haha...x pun kadang2 yg laki2 ni x perasan yang badan diowg ni berbau bile diowg habis merokok...(nasib baik aku x merokok...kire aku wangi sikit r...:p )...so x leh salahkn perempuan tu gak kadang2...tul x?

Senario 2
haa...ni la senario yang selalu kite dapat...si die asik2 bagi alasan ade keje la, busy la...ape la...ye ke tak tu pun kite tak sure...macam la die sowg je yg bz...tp laki2 kalau time ni kene la tolak ansur...kadang2 si dia memang betul2 bz...so kite kene la tolong die...tolong tengok pun xpe...x dapat kuar same2, tp kan bahagia buat keje same2...hehehe

Senario 3
yg ni paling aku marah ni...( x pasal2 pulak aku)...kalau kite dah ajak kuar tu maknenye ade la duit kite...memang x menggunung, tp jgn risau...cukup utk dating tiap2 hari...kihkihkih...tp mase ni kene fikir positif k...betul gak tu...kene la berjimat cermat...baik simpan utk buat kawin...kan lagi bagus...perempuan mcm ni kadang2 mulut je mcm jahat sikit, tp dalam hati die, die nak kite jangan berboros...demi mase depan...(think positif)..hehe

Senario 4
cam biase r...kalau blog aku ni mesti de yg pelik2 sikit...hehe...yang ni perempuan ni sampai tak terkate ape2...haa...kenape yek??terkejut kot...tetibe lelaki idaman ajak kuar...mau nye tak dup dap dup dap jantung tu berdegup....hahaha...

Senario 5 
(last le...sebab aku buat tajuk 5 senario je)
ni yang PALING BEST n yang paling lelaki suke...mcm ni kan bagus...hehe

itulah 5 senario yang slalu trjadi kat sekeliling kite...cukup la 5...nak lebih tambah sendiri k...aku dah ngantuk...haha

cukupla sekadar itu kemengarutan aku malam2 ni...so sebelum tdo, aku mintak maaf bebanyak klu de wat salah pape ngan korang k...0-0 k! salam...:)


Baca sambungannya...

Wednesday, October 20, 2010

sowy sume....

Salam...sowy sbb x pat update blog 2 3 hr ni...sbb bz sgt...tp jgn rsau...bnyk ag kisah2 n video2 yg bkl diupload...thanks kat kwn2 yg setia ngan Falsafah Fulan...hehe...
Baca sambungannya...

Monday, October 18, 2010

KOMPAS CINTA

Mood : Layan Jiwang Jap...hehe


Aku dipuncak,
Mencari-cari arah tujuku,
Ke Utara atau Selatan,
Mungkin jua ke Timur atau ke Barat..

Yang pasti aku ditengah-tengah,
Pasti ada beribu halangan menanti,
Menadah tangan ke hadrat Ilahi,
Semoga aku temui,
Jalan Cinta yang hakiki...

Aku mengikut gerak hatiku,
Berdetik setiap waktu,
Berpintas akal menaruh ragu,
Inikah jalannya?
Haruskah aku berpatah kembali?

Saban kali,
Kompasku beradiasi,
Arahku berubah-ubah,
Tidak pernah lurus,
Kerna Syaitan yang durjana,
Seringkali membelenggu keyakinan itu...

Kadang-kadang aku diusik,
Kearah maksiat dan kegelapan,
Namun kepadaNya aku serahkan,
Ke arah Hidayah jalan kebenaran...

Aku konkritkan hati,
Ku teluskan pendirian,
Supaya setia pada yang satu,
Haluan yang aku pasti,
Ada kebahagiaan yang menanti...

Aku tak tahu mana penghujungnya,
Detik masa kian lemah bersama usia,
Aku masih berjanji setia,
Selagi miliki kasih dariNya,
InsyaAllah Syurga kutemu jua...


Hasil Nukilan,

Baca sambungannya...

Wednesday, October 13, 2010

Kamu!!!!

 

Baca sambungannya...

Epilog~Yang Indah Itu Cinta

Salam...
Aku kini jiwang lagi dengan video terbaru...hehe...Lukisan2 ni dilukis oleh Mello n jln cerita oleh Aliff Cullen...ade la yg aku tmbah sikit2...mood die agak sedih...so harap kowg enjoy la...:)
 

 

Yang terindah terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu sebegitu
Pudar kah sudah cinta yang ku beri
Bewarna warni segala yang kau janjikan

 Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku disini
Seorang menunggu tanpa teman

Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu
  Ku masih menyayangimu...

Tak mudah untuk ku lupa segala yang berlalu
Aku hanya ingin selalu bersama mu
Au tak peduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Pudarlah cintaku...


Baca sambungannya...

Tuesday, October 12, 2010

Renungkan....

Salam...
Cube korang bace ayat ni....

 
Mase Ustaz baca ayat ni mase smbahyang Isya', aku rase mcm best je...habis je solat, Ustaz pun baca makna ayat ni...Indah mksudnye klu kite fahami, lagi2 owg2 mude mcm kite yg tengah hangat nak bercinta ni...Ayat ni jugak meyakinkan kita, bahawa Allah sentiasa menjanjikan yg terbaik untuk kite...Aku cari ayat ni gune software Al Quran Digital...klu ikut penerangan, "ayat ini menunjukkan kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik maka pastilah wanita yang baik pula yang menjadi isteri baginda."
Software ni bagus gak, di smping ade terjemahan ayat, ade penerangan skali...Baru aku sedar hari ni...Walaupun dah lame aku install kat laptop ni, tp baru hari ni aku perasan...Kan lebih baik klu kite cari jodoh berpandukan Al Quran...Ni aku sekadar nak kongsikan sesama kite je...aku ni bukan baik pun...tp tak salah klu kite kongsikan bende yg baik...ye tak?

Nie pulak ayat yang baik diamalkan...Memang ada antara kita memang amalkan, tapi kadang-kadang tak tau maknanya...Smoga ALlah kurniakan teman hidup yang soleh dan solehah, agar bahagia didunia & akhirat...Amin...



Baca sambungannya...

Sunday, October 10, 2010

Satu Misteri

Mood : Mengimbau Kenangan...

Salam...
First skali thanks kat smua yg sudi kwn ngan Fulan...ade yg jd followers n ade yg add kat fb....rase terharu giler sbb dapat ramai kawan....skali aku kenal kowg, kowg adalah sahabat aku... pastu ade pulak yg kate aku ni jiwang sgt...hehe...aku ni saje2 je la...klu kowg suke aku pun suke...klu kowg gembira aku pun gembira...klu kowg sedih pulak, insyaAllah aku cube buat kowg gembira,,,falsafah aku memang mgarut sikit...aku mintak maap....n klu ade mnyentuh mane pihak or ade yg x suke, maap bnyk ye...aku ni insan biase...x lari dari buat silap...nyway ni la video yg first2 skali aku buat...mase baru blajar2 buat video...hehe..aku buat video2 ni sume bile aku dpt idea....ngah lepak2 xde wat pape tu, bile trlintas je otak ni fikir mcm2, make trhasillah video2 tu...hehe....lagu ni aku suke sgt...

Cinta...
Kadangkala sukar diungkaikan...
Datang dihati kadang2 trmateri ttapi kadang pergi tanpa disedari...
Satu misteri yang penuh berilusi dan sukar difahami...
Tetapi kebahagiaan bagi yg memiliki...=)


Baca sambungannya...

Kalau Berpacaran

Salam....
ngah2 borink ni best gak layan video ni...hehehe
enjoy jela...:p


Baca sambungannya...

Saturday, October 09, 2010

Kau Istimewa Dimataku

Mood : Entahla...hehe

Salam...
Di atas permintaan bbrape org sahabat, so aku wat ni khas untuk kowg...sowyla klu de silap kat mane2...sebab buat mase ngantuk...tp untuk kowgnye pasal, aku x kisah...enjoy jela ye...=)


 Mungkin
mereka hanya mampu berkata
tapi tidak melihat
diri kamu yang satu lagi

Mungkin juga
kau lain di mata mereka
semuanya tidak indah
tak setanding Zulaika

tapi bagi aku
biarlah apa kata mereka
aku tahu dirimu yang satu lagi
amat istimewa
indah bagi aku
kerana aku tahu
hatimu ikhlas untukku..

aku juga tidak setampan Yusuf
aku sama sepertimu
insan biasa
tetapi
biarlah setitis kasih itu
menjamin sejahtera didunia
bahagia selamanya...

Baca sambungannya...

Thursday, October 07, 2010

Falsafah :- Realiti Meluahkan Perasaan

Mood : Saje2 kongsi pendapat...:)

Salam...
ok...hari ni aku nk bawak korg mengembara ke satu alam realiti...realiti yang ada pd ramai lelaki...Realiti tentang seseorang yang ingin meluahkan perasaan...Aku rasa, aku percaya dan aku tau ramai yang ade problem mase first time nk luahkan prasaan kat si dia...termasuklah aku...hehe



Pade pendapat aku (ikut suke kowg la nk setuju ke tak.ni pendapat aku je), antara sebab kenapa lelaki susah nak luahkan perasaan ialah :-
  • Terasa diri die tak cukup hensem. Yela...sesetengah owang lelaki ni suke rendah diri...(trutamanya owg yg rendah mcm aku..)
  • Memang tak pernah ada pengalaman nak luahkan perasaan...First time jatuh cinta la katekan....
  • Takut tidak boleh terima kenyataan jika kena tolak...(ni yang paling sedih..)
  • Takut selepas si dia tahu kita ada hati kepadanya, dia menjauhkan diri . Nak berkawan pon dah tak best lepas tu...(ni kene tanye owg pompuan lak kenapa.Mungkin pompuan tu perlukan masa or tak sedia lagi...takpun memang pompuan tu taknak kat laki tu...
  • Pernah ade pengalaman dilukai...
  • yang lain tu kowg tambah le sendiri...aku bukan pandai sangat bab ni...hehe
 Ni pulak mungkin ape yg brlaku bile lelaki tu berani mluahkan prasaan diowg...
(gmbr ni hiasan semata2...penat aku lukis n edit dr petang td...huhu)


 (nie kalau pompuan tu terima)

(haa....ni paling sadis...bile die kate kite x hensem..)
(ni bile pompuan tu x ready ag...)
(yang ni???pelik sikit...kene tanye pompuan tu kenape...hehe)
(ni kadang2 laki tu kene...mau x nye pompuan tu x marah...skolah pun lum abis dah pndai nk bercinta....(jgn mare)..
walau ape pun situasinye, walau ape pun realiti yg trjadi, bagi aku, berterus terang adalah jalan terbaik...si dia nk terima atau tak, tu terpulanglah...yang penting dia tau isi hati kita n kita dah luahkan ape yg terpendam...bak kate owg, "Jgn tunggu lama2, nanti lame2, die dikebas owg"...tu pendapat aku r...kalau kowg pikir lain, tu lantak kowg la...hehe...Salam kemaafan dari Fulan sebelum tdur....:)







Baca sambungannya...

Tuesday, October 05, 2010

Secangkir Cinta Semulus Salju


Salam....
Video ni memang best!...Tajuk die Cintaku Di Kubur....


 
Video ni dibuat oleh sahabat aku, Angah @ Limau Terbang. Very nice n bnyk mksud yg trsirat...So aku pun ape lg,...smbil tengok video ni, trsentuh hati aku yg jiwang ni,,,lalu aku coretkn coretan "Secangkir Cinta Semulus Salju"...hasil karya Fulan, video by Limau Terbang...:)


Bila aku mula mengenalimu,
Terpancar satu kata,
Tatkala indera berpancar rasa,
Mulus ombaknya memungkir erti,
Dahulu sunyi, kini terisi...

Sang Miinda mula berfikir
"Oh,haruskah aku memilihmu?"
Sang Hati memperkasa pendirian
"Ya, aku harus setia padanya"
Dan saat itulah
Seluruh tubuh terkawal olehmu...

Tapi,
Bila cinta tak lagi bermakna,
Yang ku rasa kini hanya nestapa,
Pilu berendam tangisan,
Berhimpit membayangi kenangan...

Kau pegi buat selamanya,
Aku yang tinggal menggenggam setia,
Pohon yang dikau ukir kata cinta,
Menjadi sahabat dikala aku merinduimu...

puisi ni sekadar puisi...takde kaitan ngan hdup aku pun...just menambah hasil karya n falsafah aku...puisi ni aku ada buat lagu...tapi sebab suare aku yg tak best, so aku simpan jela buat memenuhkn memori laptop aku n aku sorg je la yg dengar k...klu korg dengar pun nnt mst kowg kate x best...hehe...

Baca sambungannya...

Sunday, October 03, 2010

Coretan Warna Cinta

Mood :


                   
Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
 
Agar sejahtera aman dan bahagia  
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia
                            Warna-warna cinta

Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyum dan tangismu
  Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka kata lagi
Cinta
itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta
berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Akal menafsirkan jingga
Warna keluhan hati perindu
Ibarat hilang cahaya
Tatkala sinar mula menutup mata

Apa warna cinta
?
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya
Ibarat  coretan di pasir terlukis
Terpadam dalam gerimis




Baca sambungannya...

Saturday, October 02, 2010

Hold My Hand

Mood : Enjoy the song!:)

Hold My Hand Lyrics

 By: Maher Zain

I'm really enjoy this...wonderful lyrics and voice...=)





I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Copyright: Awakening Records 2009
Baca sambungannya...

Friday, October 01, 2010

Falsafah BUANG ANGIN ( or dlm bhase istimewa die "KENTUT")

Mood : LePasKan AnGin KeSuNyiAn...

Aku trfikir nk buat falsafah ni mase aku tgh jalan2 ngan member aku td...tibe2 je ade bunyi "proott..!!" mase lalu kat lorong td...tp masing2 cam wat tak tau je...mcm x bersalah pulak...haha...x tau sape sbnrnye yg melepaskn "angin keriangan" tu...aku target akak yg selisih ngan kitorg td...hehe..tp x baik sangka buruk kat org...so aku anggap aku je la yg buang (memang aku pun)..shhh



so kat sini aku nk kongsi la sikit sbnyk pasal kentut ni...ikuti prbualan mamat 2 owg ni...:-

S : Mane dtgnye gas kentut ni?
J : Gas nie datangnya dari bberapa punca iaitu udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.
S :  Ape yg mmbuatkan kentut busuk?
J : Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.
S :  Kenape bile owg kentut, kentut die brbunyi?ade bunyi "proott!!!"..ade bunyi "preett!!"?
J :  Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat!!!
S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
S: Betul ke ade sesetengah orang kate die tak pernah kentut??
J: Tak betul selagi diorang hidup

So pasni kite kene la pandai2 tune bunyik kentut kite....hahaha
aku nk tambah lg sikit fakta...org2 kite(orang2 timur ni la) anggap kalau kentut tu salah satu perbuatan tak senonoh....tapi org barat pulak anggap kentut ni baik...menandakan orang tu sihat...hehe
n fakta yg tak berapa aku suke, orang lelaki lebih kuat kentut berbanding owg pompuan...btul ke??oleh sebab ni blog aku n ini falsafah aku, aku nk tukar fakta ni...orang pompuan lebih kuat kentut dari lelaki...(jgn mare)..hehe

atau cara terbaik nak cover bunyi kentut, gunela "Toot Tone" cam dlm video ni...http://www.youtube.com/watch?v=4LvwYUnSoQo..hehe

Baca sambungannya...

Related Posts with Thumbnails